

Hari Ahad lepas jugak buat menu Tom Yam campur...resepi Tom Yam ini Chef Rahiiing yang bagi...siap tolong belikan ramuan2nya sekali...hihi...
TOM YAM CAMPUR(3 orang makan punye..)
Bahan A
1~ 2 ekor sotng sederhana (dipotong)
3 ~ 5 ekor udang
Sepotong Ayam (1/8 : contoh: satu sayap @ satu peha, di potong dadu)
Bahan B
Air 3 cawan ( ~ 700 ml)
3 ~ 5 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (sederhana: dihiris)
1 sudu Besar sos tomyam(special dalam botol)
1 sudu Besar sos tiram
Bahan C
Secukup rasa Air limau tomyam(special jus limau dalam botol dari Thai)
½ batang saderi
1 biji buah tomato ( sederhana: di belah 6)
Setangkai Daun limau Purut ( ~ 5 – 10 helai)
Seberuk perasa Garam dan Gula secukup rasa (tiada Ajinomoto)
Extra
Sayur bunga Kubis
Cili padi ( Diketuk: Jika mahu pedas)
Cara Membuat:
Masukkan Ayam dan Bahan B kedalam periuk, bila mendidih masukkan bahan A, bila mendidih masukkan bahan C dengan perasa (garam dan gula secukup rasa).
Jika mendidih angkat dan hidangkan dengan segera. Jika mahu makan TOMYAN lebih dari 2 JAM perlu masukkan Asam keping untuk mengekalkan rasa masam.
Jika mahu sayur dan pedas tambahkan bahan EXTRA.
Selamat Mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan