Khamis, 30 Julai 2009

TEAM BUILDING - TM GROUP IT

Pada 24 ~26.7.09 yang lepas anggota TM Group IT(batch ke 2) telah mengikuti program Team Building di Marina Cove Resort, Lumut. Kami bertolak dengan Bas TM Telekom Training Centre dari Bangunan TM Kelana Jaya pukul 9 pagi. Seramai 80 anggota telah mengikuti program batch ke 2 ini. Kami check-in di Marina Cove Resort pukul 1.00 tghri(Jumaat), pukul 3.00ptg aktiviti pun bermula dengan Ice-breaking ceremony dan seterusnya Team Challenge - Amazing race....kami di bahagikan ikut grouping....group saya diberi nama " Cool World"...ada seramai 10 peserta....agenda hari pertama ialah Amazing race hingga pukul 7 ptg....start semula pukul 8.30mlm dengan Management Game(Simulation Activity)...game ini habis sampail pukul 12 tgh malam...penatnya....besok pula...start pukul 7.00 pagi dengan senaman poco-poco dan terus ke Teluk Batik...jalan kaki..sampai laut...untuk aktivti "Bamboo Rafting".....setiap group diberi 8 batang buluh, tali, 4 dayung dan 4 biji pelampong....kena buat sebuah rakit dan berdayung bertanding ke tengah laut.....untuk ambil barang.....7 orang je..5 lelaki dan 2 pompuan...termasuk sayalah...naik rakit ini....syok tau!!...yang tergelak tu....sampai di tengah laut...angin sangat kuat...rakit sudah tak boleh bergerak....penat kami berdayung tak lepas-lepas jugak....semua group pun sama je....akhirnya kami buat keputusan pergi ke batu bukit untuk lepak disitu....akhirnya....organizer arahkan semua group pergi ke batu bukit itu juga dan jalan kaki ke pantai.....lepas tu...kena jalan kaki pulak dari pantai Teluk Batik ke Resort lagi...lebih kurang 2 km...aduhhhh penatnya.....agenda seterusnya ialah Jungle tracking...start pukul 3 ptg...mendaki bukit...kena bawa air dalam botol yang telah dibocorkan pulak tu....juga kena buat product daripada bahan hutan kat situ pulak......tak tahu nak cakap penatnya....turun..naik...tergelincir sana...sini....akhirnya sampailah ke bawah.....aduhhhh...sakitnya kaki...
Malamya pula ada team presentation...group kami tak sempat langsung nak prepared pun...hentam sajelah....berlakon je le......
Hari terakhirnya....oleh kerana hujan..kami buat in-door activity...pertandingan poco-poco....apa lagi...saya pun performed group sendiri le....ada 3 group je...bertanding...akhirnya semua dapat hadiah....sama je...tak bertanding pun....bila hujan sudah reda kami pun start activity "High & Low Rise Obstacles"....mula dengan "spider net"...diikuti dengan masukkan tayar(kereta) dalam tiang tanpa kena tangan....last sekali...individual activity....iaitu.."flying fox"(terjun)...syoknye...melayang di udara!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails