Isnin, 20 Julai 2009

MEE UDANG ZASLY....


Hari Ahad lepas ada buat Mee Udang....atas permintaan anak-anak...padahal last weekend sudah buat....so lunch makan Mee Udang dan Makaroni goreng....Petang itu jemput adik ipar datang ke rumah untuk makan-makan....resepi mee udang ini adalah di adun mengikut citarasa saya sendiri....
Mee Udang Zasly
Bahan A - Pes Cili(dikisar halus semuanya)
Cili kering segenggam
Bawang Putih 3 biji
Bawang merah kecil 5 biji
Belacan sedikit
Bahan B
Bawang Putih 4 biji - dikatuk
Sos Cili 5 sudu besar
Sos tomato - ikut sesedap rasa(biar ada rasa masam sedikit)
Bahan C
Udang besar 1 kilo
Udang kisar lumat 6 ekor (ambil dari udang 1 kilo di atas)
fish ball
telor 2 biji
Mee segar
taugeh
sawi
daun bawang
cabai merah hiris
bawang goreng
Cara-caranya:
1. Rebus udang segar dengan 5/6 cawan air sehingga udang jadi merah dan angkat udang.
2. Sementara itu panaskan minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dikatuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan Bahan A(Pes cili) tadi hingga mendidih. Masukkan sos cili, tomato sos, garam, gula dan akhir sekali udang kisar tadi.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam air rebusan udang dan biar hingga mendidih.
4. Masukkan fish ball dan telor. Rasa kuah supaya cukup rasanya.
5. Seterusnya tuangkan kuah udang tadi ke dalam periuk rice cooker dan masukkan udang tadi serta panaskan sehingga mendidih, akan keluar bau udang yang sedap sekali
6. Celur Mee, sayur-sayuran dan boleh dihidangkan dengan kuah beserta awas-awas tadi.
Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails