Ahad, 9 Ogos 2009

FRUIT TARTS

Ini nak share resepi masa buat jamuan birthday anak hari Sabtu lepas.....zassssssss...

Fruit Tarts
Bahan-bahan Pastry
250 gm butter
125 gm gula icing
1 biji telur
450 gm tepung gandum

Cara-cara buat pastry:
1. Pukul butter dengan icing hingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul sampai sebati
3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh
4. Tekan dalam acuan untuk dapat saiz dikehendaki
5. Bakar

Bahan Inti Kastard
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur kuning
1 sudu teh essen vanila

Cara-cara buat inti kastard
1.Satukan kesemua bahan tadi dan masak hingga pekat.(Jangan terlalu pekat nanti tak boleh tuang di doh pastry).
2.Tuang inti kastard ini di pastry yang sudah dibakar tadi.
3. Letakkan buah-buahan yang diingini di atas kastard ini.

Selamat Mencuba....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails