Rabu, 18 November 2009

AYAM MASAK HITAM



Pagi tadi kita masak lauk Ayam Masak Hitam ini...simple menu je....ayam tak perlu digoreng..ini resepinya..

Bahan-bahan :
Bahan A(Dikisar)
Cabai kering segenggam
Bawang putih  3 biji
Bawang merah besar  1 biji
Belacan  secubit

Bahan b:
Ayam 1/2 ekor
Bawang putih 2 ulas(di katuk)
tomato 1 biji
Bawang besar 1 biji (dihiris bulat)
Cabai merah  1 biji(hiris panjang)
sos cili   2 susu besar
sos tiram  1 sudu besar
santan 1 cawan
kicap lemak manis(kipas udang)
air asam jawa  secukup rasa
kayu manis   1 batang kecil
gula & garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1)Tumis bawang putih dikatuk tadi sehingga naik baunya dan masukkan bahan A(cili kisar)
2)Masukkan sos tiram, sos cili, air asam jawa, kicap,kayu manis, gula, garam dan ayam. Biar sebati
3)Masukkan santan, bawang besar, cabai merah dan tutup supaya ayam empuk.
4)Biar sampai kuah pekat
5)Hidangkan

Selamat Mencuba...

2 ulasan:

Rizzuan Shah berkata...

uihh.. pandai kak linda masak ek?.. nak g beraye kat rumah akk la raya haji ni. :-P

linda zasly berkata...

tak le pandai..setakat anak beranak makan bolehle sikit2..nak datg bole..ttp umah kosong le..akak beraye kat Pahang..le pun..kalo kat Ipoh..bolehle..wan datg..ye..tahun depan ye..."Selamat Hari Qurban"..tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails