Selasa, 8 September 2009

BISKUT CHOC CHIP & GREEN LACE

BISKUT CHOC CHIP

Pagi Isnin lepas sempat buat 2 biskut raya sekaligus...sebelum pergi ofis pukul 2.30 ptg...ada kerja yang perlu dibereskan...hari ini hari cuti am bagi area Selangor sempena Nuzul Quran....resepi kedua-dua biskut di cedok dari Mat Gebu....kalau hendak tengok resepi bolehlah layari blog Mat Gebu di bawah ni...sedap tau...

Ahad, 6 September 2009

BISKUT CORNFLAKES RANGUP & BISKUT BADAM


Sempat juga buat 2 biskut raya ni...biskut cornflakes dan badam....tetapi biskut badam ini keras sikit dan kurang rasa badamnya....mungkin kena letak lebih badam kut....
Biskut Cornflakes Rangup
Bahan-bahannya:
Butter 250 gm
Gula icing 170 gm
Tepung naik sendiri 285 gm
Cornflakes (dihancur kasar) 175 gm
Essen vanila 1 camt.
Telur kuning 2 biji
Cara membuatnya :
1) Pukul Butter dan gula icing hingga sebati
2)Masukkan telur dan essen vanila
3)Masukkan tepung dan cornflakes
5)Bulatkan adunan, letakkan ceri merah dan bakar

Biskut badam ini tak menjadi le pulak...keras kematu...terlebih tepung le ni....so tengok je gambar ye....

BISKUT KUACI


Hari ini pulak try buat Biskut Kuaci...resepi dari Mat Gebu....sedap jugak....

BAHAN A :-)
250 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen lemon (mat letak esen vanilla)

BAHAN B :-)
60 g kuaci labu, dikisar halus
100 g cornflakes, dikisar halus
40 g coffeemate
60 g tepung jagung
400 g tepung rose (kalau tak de, guna tepung gandum saja)

BAHAN C :-)
Kuaci labu, untuk hiasan
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Pukul bahan A hingga sebati dan rata (jangan pukul hingga kembang, nanti biskut jadi "gedabak"). Masukkan bahan B satu demi satu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kalau macam lembik, biarkan 10 - 15 minit (bila cornflakes kembang, doh jadi OK).
2.Canai doh 1/2 cm tebal, terap guna acuan kegemaran, susun atas dulang pembakar, sapu dengan kuning telur dan hias dengan kuaci labu. Buat hingga siap.
3.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Sabtu, 5 September 2009

BISKUT KELAPA DELIMA


Hari ini saya buat biskut raya yang pertama...iaitu biskut kelapa delima...resepinya diambil dari blog Mat Gebu...ini resepinya...

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-

1.Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2.Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3.Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.

4.Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5.Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Jumaat, 4 September 2009

JUADAH RAMADHAN DI HOTEL SINGGASANA, P.JAYA




Pada tarikh 4.9.2009 bersamaan 14 Ramadhan my family telah berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya....juadah Ramadhan berkonsepkan Melayu Tradisional...dari segi makanan sehinggalah ke reka bentuk hiasan dalamannya....para hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani....ini dia snapshotnya....





Isnin, 24 Ogos 2009

JAMUAN TENGAHARI SESEDAP RASA KENYANG DI PERUT PADA 14.8.09....



Ini...kisah makan lagi...hari Jumaat lepas (14/8/09) sebelum sambut Bulan Puasa...kita orang kat ofis buat makan-makan yang diberi nama "JAMUAN TENGAHARI SESEDAP RASA KENYANG DI PERUT"...ini baru nak masuk blog coz baru dapat gambo niii....makanan yang dijamu dibuat sendiri dari rumah masing-masing...antara menu-menu yang dihidang ialah kari ikan tenggiri, sambal tempoyak, gulai lemak pucuk paku, ayam masak kicap, sambal sotong, telur masak samah, sayur campur pecal, ikan goreng talapia dan lain-lain lagi.....ini gambo...nya....

Jumaat, 21 Ogos 2009

BREAKFAST KAT ALICAFE LAGI....


Haaa hari ini pekena brekfes pulak kat Alicafe dengan ofis mate...tetapi kali ini semuanya seramai 7 orang...bagai nak pecah kereta....nasib baik ofis dekat je....zasssss



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails