Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Rabu, 14 Julai 2010

KUIH TIRAM


Sebenarnya dah lama teringin nak makan dan buat kuih tiram niii..ada yang sebut lidah jin..le..lidah kucing pun...ada....tetapi lebih baik le panggil kuih tiram...sedap dengornya...last 2 weeks teringin punye pasal...try le buat kuih ni...ikut resepi dari Mat Gebu....berpeluh2 nak menyiapkannya...memang sedap dan rangup..kalau nak rangup buat nipis2...goreng hingga garing...hiiii ..Selamat Mencuba..
http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/02/kuih-tiram.html

Ahad, 10 Januari 2010

KUIH LOPES


Dah lama tak makan kuih lopes nii..dulu masa kecik2 mak selalu buatkan...memandangkan mak ada kat umah kita...belajarlah buat kuih niii dengan mak...inilah hasilnya...sukatannya tak specific sangat...main agak2 je...ini resepinya...

Kuih Lopes
Beras pulut    3 cawan
Air daun pandan  2 cawan
Daun pisang (di layor kat api kecil)
Kelapa parut(putih)  sebiji kelapa
garam
Gula kabung  2 ketul  
gula pasir    2 sudu besar
daun pandan
Air secukupnya

Cara membuatnya :
1. Basuh beras pulut hingga bersih dan tapis
2. Campurkan dengan air daun pandan(blend daun pandan dan air, kemudian tapis) dan masak di rice cooker sehingga masak
3. Kacau bila sudah masak dan isikan di daun pisang (layor) buat bentuk silinder dan ikat dengan getah hujungnya
4. Kukus beras pulut ini dalam 30 minit
5. Masak gula kabung dengan air, masukkan gula pasir dan daun pandan hingga mendidih dan tapis
6. Sediakan kelapa parut(putih) campurkan dengan garam sedikit dan gaul hingga sebati
7. Pulut yang telah dikukus dibiarkan sejuk dan bila hendak makan buka daun pisang. Ambil benang dan potong pulut itu bentuk bulat dan gaulkan dengan kelapa parut tadi.
8. Hidangkan bersama gula kabung yang telah dimasak tadi

Selamat Mencuba....

Rabu, 18 November 2009

AYAM MASAK HITAM



Pagi tadi kita masak lauk Ayam Masak Hitam ini...simple menu je....ayam tak perlu digoreng..ini resepinya..

Bahan-bahan :
Bahan A(Dikisar)
Cabai kering segenggam
Bawang putih  3 biji
Bawang merah besar  1 biji
Belacan  secubit

Bahan b:
Ayam 1/2 ekor
Bawang putih 2 ulas(di katuk)
tomato 1 biji
Bawang besar 1 biji (dihiris bulat)
Cabai merah  1 biji(hiris panjang)
sos cili   2 susu besar
sos tiram  1 sudu besar
santan 1 cawan
kicap lemak manis(kipas udang)
air asam jawa  secukup rasa
kayu manis   1 batang kecil
gula & garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1)Tumis bawang putih dikatuk tadi sehingga naik baunya dan masukkan bahan A(cili kisar)
2)Masukkan sos tiram, sos cili, air asam jawa, kicap,kayu manis, gula, garam dan ayam. Biar sebati
3)Masukkan santan, bawang besar, cabai merah dan tutup supaya ayam empuk.
4)Biar sampai kuah pekat
5)Hidangkan

Selamat Mencuba...

Selasa, 27 Oktober 2009

MEE HOON GORENG


Hari ini bekfes kita buat Mee Hoon Goreng pulak...pasal hari2 nasi goreng je...tukar menu pulak...buat lebih sikit bawak ofis jugak...bagi kawan2 makan...resepinya macam biasa je...

Bahan A - dikisar
cabai kering segenggam - cuci dan direbus sekejap je..
bawang besar 1 biji
bawang putih 3 biji
belacan sedikit

Bahan B
Udang basah - agak2 le ye..
sos tiram 1 sudu besar
tomato sos 1 sudu besar
cili sos 2 sudu besar
Kicap - agak2 je..
Mee hoon 1 peket - direndam dalam air hingga lembut
Kobis - dipotong halus
Sawi
Garam, gula, lada sulah

Cara2nya :
1) Tumiskan bawang putih yang telah dikatuk dalam 2 biji hingga naik baunya
2)Masukkan bahan A(cili kisar tadi) dan juga udang, sos tiram, tomato sos & cili sos
3)Masukkan garam, gula, kicap dan lada sulah secukup rasa
4)Masukkan kobis dan sawi dan kacau hingga sebati
5)Hidangkan dengan bawang goreng, daun bawang dan cili potong (ikut suka..)

Selamat Mencuba!!

Rabu, 21 Oktober 2009

SPAGETHI & MUSHROOM SAUCE


Brekfes semalam buat Spagethi Mushroom dan nasi goreng simple je...coz eldest daughter tak makan spagheti...lintang pukang masak..sebelum gi ofis..nasib baik laa masuk ofis kul 9 pagi...sempatlah..buat semua tu....

Bahan2nya :
Spagethi - macam biasa...rebus letak garam dan minyak sedikit..
Bahan A:
Cabai kering segenggam - direbus sekejap je..
bawang merah besar 1 biji
bawang putih 3 biji

Bahan B:
Ayam atau daging kisar(kita buat ayam....)
sausage 5 batang dipotong kecil
cendawan butang dibelah 2
Sos spagheti kimball 1 botol
tomato puree secukup rasa
cili sos 2 sudu besar
daun bay 3 helai
oregano 1 sudu besar
serbuk lada hitam secukup rasa
garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :
1)Kisar bahan A hingga lumat
2)Tumbuk sedikit bawang putih dalam 2 biji dan tumis hingga kuning
3) Masukkan Bahan A tadi hingga naik minyak
4) Masukkan ayam/daging kisar tadi
5) Masukkan sos spagheti dan kesemua bahan B tadi
6)Masaklah sehingga secukup rasa
7)Hidangkan dengan spagheti macam biasa...kita tak letak cheese pun..pasal anak2 tak suka...

Selamat Mencuba!!

Isnin, 19 Oktober 2009

TOM YAM CAMPUR



Hari Ahad lepas jugak buat menu Tom Yam campur...resepi Tom Yam ini Chef Rahiiing yang bagi...siap tolong belikan ramuan2nya sekali...hihi...

TOM YAM CAMPUR(3 orang makan punye..)
Bahan A
1~ 2 ekor sotng sederhana (dipotong)
3 ~ 5 ekor udang
Sepotong Ayam (1/8 : contoh: satu sayap @ satu peha, di potong dadu)

Bahan B
Air 3 cawan ( ~ 700 ml)
3 ~ 5 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (sederhana: dihiris)
1 sudu Besar sos tomyam(special dalam botol)
1 sudu Besar sos tiram

Bahan C
Secukup rasa Air limau tomyam(special jus limau dalam botol dari Thai)
½ batang saderi
1 biji buah tomato ( sederhana: di belah 6)
Setangkai Daun limau Purut ( ~ 5 – 10 helai)
Seberuk perasa Garam dan Gula secukup rasa (tiada Ajinomoto)

Extra
Sayur bunga Kubis
Cili padi ( Diketuk: Jika mahu pedas)


Cara Membuat:
Masukkan Ayam dan Bahan B kedalam periuk, bila mendidih masukkan bahan A, bila mendidih masukkan bahan C dengan perasa (garam dan gula secukup rasa).
Jika mendidih angkat dan hidangkan dengan segera. Jika mahu makan TOMYAN lebih dari 2 JAM perlu masukkan Asam keping untuk mengekalkan rasa masam.

Jika mahu sayur dan pedas tambahkan bahan EXTRA.

Selamat Mencuba!!

RENDANG DINDING


Hari Ahad lepas kita masak lunch...daging dinding dan tom yam campur..resepi dari Chef Rahiiing...hihi..resepi daging dinding tu..kita ambil dari fotopage Helwa...cume kita tersilap pulak..lupe nak goreng daging tu lepas peram dengan kicap...dah habis masak..baharulah perasan..lupa nak goreng...tetapi rasanya ok juga..tak menyerap banyak minyak...

Bahan2nya :
Daging 1 1/2kg -
dipotong 6 cm, dan rebus selama lebih kurang 10 min (jangan terlalu empuk), kemudian, dihiris 1 cm dan ditumbuk agar urat uratnya lerai, kemudian digaul bersama kicap manis hingga rata kehitamannya. barulah digoreng.. separuh garing..diangkat biarkan seketika.

Bahan2an utk menumis :

1 - labu bawang besar }
5 cm - halia } dikisar halus
10 - ulas bawang putih }
10 - ulas bawang merah }
20 - tangkai cili kering ( boleh ikut pedas masing2). } dikisar halus

asam jawa - setengah cawan, dibancuh dgn 1 1/2 air
garam/gula secukup rasa(kita guna gula melaka)
minyak utk menumis

cara2nya :

Panaskan minyak utk menumis, masukkan bawang yg telah dikisar, dimasak hingga naik bau,
barulah dimasukan cili juga yang telah dikisar. Dimasak hingga naik minyak....kemudian
masukkan gula, garam...mengikut citarasa sendiri.
Kemudian barulah dimasukkan daging yang telah digoreng, gaulkan rata2, masukan bancuhan air asam jawa, resepi ni kind of masam2 manis gitu.
Bila daging dah sebati dgn cili dan asam jawa boleh lah diangkat utk dimakan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

CHOCOLATE CAKE



Sorry le ye...terlambat beri resepi cokelat cake nii.....kita nii..sedang keje..standby cut-over system baru...mudah2han semuanya berjalan lancar...

CHOCOLATE KEK

Bahan2nya :
250gm butter
255 gm gula halus
6 biji telor
110 gm tepung naik sendiri
52 gm serbuk koko(Van Houtan/Vochelle)
1 keping cooking cokelat(Van Houtan/Vochelle)

Cara2nya :

1.Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telor sebiji demi sebiji
3.Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit
4.Masukkan serbuk cokelat sedikit demi sedikit
5.Putar adunan hingga sebati
6.Tuang kedalam loyang kek yang sudah disapu butter/minyak supaya tak melekat nanti
7.Panaskan ketuhar sehingga 200 darjah Celcius, baharulah masukkan adunan kek tadi
8.Bakar lebih kurang 45 min

Selamat Mencuba!!

Ahad, 4 Oktober 2009

NASI LEMAK & COKODOK PISANG



Bekfast pagi Ahad ni...buat nasi lemak..tetapi santan kurang pulak...so tambah dengan susu cair carnation sikit...terus nasi lemak jadi warna kekuningan sikit...ttp rasanya ok jugak..sambal ikan bilis guna ikan bilis halus import dari Lumut punye....petang pulak...tengok ada banyak pisang berangan...kita pun buatlah cokodok pisang....

Nasi Lemak
Bahan2nya :
Beras 2 pot
santan 3 pot
susu cair 1 pot
bawang merah 2 biji - hiris
halia - hiris
daun pandan

Cara2nya :
Masukkan kesemua bahan2 atas tadi ke dalam rice cooker macam masak nasi biasa tu...
Sambal ikan bilis
Bahan2nya
Ikan bilis
cabai kering segenggam(agak2 je)
bawang merah 4 biji
bawang putih 4 biji
belacan sedikit
garam
gula
asam jawa
cili sos satu sudu besar
Cara2nya:
1. Bersihkan bahan2 tadi dan blend halus
2. Panaskan minyak hingga panas dan masukkan bahan blend tadi
3. Masukkan garam, gula, asam jawa dan cili sos sikit
4. Biarkan masak sampai naik minyak dan masukkan ikan bilis
5. Tambah air panas sedikit dan biarkan masak hingga mendidih lagi
Cokodok Pisang
Pisang berangan - ikut suka
Tepung naik sendiri
Tepung gandum
garam
gula
Cara2nya
1. Lecek pisang hingga hancur dan masukkan garam dan gula
2. Masukkan tepung naik sendiri dalam 3 sudu besar dan kacau
3. Masukkan tepung gandum, agak2 jangan keras sangat..
4. Panaskan minyak dan ambil adunan tadi dengan tangan...bentukkan jadi bulat dan letakkan di minyak tadi....
5. Kacau perlahan dengan pusing2kan cokodok tadi...akan jadi bulat licin je...
6. Bila cokodok warna cokelat je...toskan dan hidangkan...
Selamat Mencuba!

Selasa, 8 September 2009

BISKUT CHOC CHIP & GREEN LACE

BISKUT CHOC CHIP

Pagi Isnin lepas sempat buat 2 biskut raya sekaligus...sebelum pergi ofis pukul 2.30 ptg...ada kerja yang perlu dibereskan...hari ini hari cuti am bagi area Selangor sempena Nuzul Quran....resepi kedua-dua biskut di cedok dari Mat Gebu....kalau hendak tengok resepi bolehlah layari blog Mat Gebu di bawah ni...sedap tau...

Ahad, 6 September 2009

BISKUT CORNFLAKES RANGUP & BISKUT BADAM


Sempat juga buat 2 biskut raya ni...biskut cornflakes dan badam....tetapi biskut badam ini keras sikit dan kurang rasa badamnya....mungkin kena letak lebih badam kut....
Biskut Cornflakes Rangup
Bahan-bahannya:
Butter 250 gm
Gula icing 170 gm
Tepung naik sendiri 285 gm
Cornflakes (dihancur kasar) 175 gm
Essen vanila 1 camt.
Telur kuning 2 biji
Cara membuatnya :
1) Pukul Butter dan gula icing hingga sebati
2)Masukkan telur dan essen vanila
3)Masukkan tepung dan cornflakes
5)Bulatkan adunan, letakkan ceri merah dan bakar

Biskut badam ini tak menjadi le pulak...keras kematu...terlebih tepung le ni....so tengok je gambar ye....

BISKUT KUACI


Hari ini pulak try buat Biskut Kuaci...resepi dari Mat Gebu....sedap jugak....

BAHAN A :-)
250 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen lemon (mat letak esen vanilla)

BAHAN B :-)
60 g kuaci labu, dikisar halus
100 g cornflakes, dikisar halus
40 g coffeemate
60 g tepung jagung
400 g tepung rose (kalau tak de, guna tepung gandum saja)

BAHAN C :-)
Kuaci labu, untuk hiasan
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Pukul bahan A hingga sebati dan rata (jangan pukul hingga kembang, nanti biskut jadi "gedabak"). Masukkan bahan B satu demi satu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kalau macam lembik, biarkan 10 - 15 minit (bila cornflakes kembang, doh jadi OK).
2.Canai doh 1/2 cm tebal, terap guna acuan kegemaran, susun atas dulang pembakar, sapu dengan kuning telur dan hias dengan kuaci labu. Buat hingga siap.
3.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Sabtu, 5 September 2009

BISKUT KELAPA DELIMA


Hari ini saya buat biskut raya yang pertama...iaitu biskut kelapa delima...resepinya diambil dari blog Mat Gebu...ini resepinya...

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-

1.Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2.Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3.Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.

4.Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5.Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Selasa, 18 Ogos 2009

ROTI JALA

Ini ada resepi roti jala dan kuah kari ayam yang telah dibuat ketika Birthday Party anak hari itu...resepi kuih roti jala di ambil dari Mak Cik Halimah...memang sedap....tima kacih Mak Cik...

Roti Jala
Bahan-Bahannya :
Tepung gandum 1 kilo
Telur 2 biji
garam, air dan serbuk kunyit

Cara-cara Membuatnya:
1) Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati
2)Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan
3)Guna acuan dan taburkan adunan ke kuali buat seperti jaring
4)Angkat dan lipat

Kuah Kari Ayam
Bahan-bahannya :
Ayam 1 ekor(dipotong kecil)

Santan 1 biji kelapa
Rempah kari 1 1/2 bungkus
Kerisik 1 paket kecil
Bawang kecil 4 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Daun kari 1 tangkai
Halba 1 sudu teh
Cili kisar 3 sudu besar
Kentang (potong dadu)
Karot (potong dadu)

Cara-cara membuatnya :
1)Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus dan tumiskan
2)Masukkan daun kari, halba dan kunyit tadi dan tumis hingga naik bau
3)Masukkan rempah kari dengan cili kisar dan masak naik minyak(kalau boleh ditutup)
4)Masukkan ayam dan gaulkan dengan kari tadi hingga sebati
5)Masukkan kentang, karot dan kerisek dan kacau hingga sebati
6)Akhir sekali masukkan santan, garam dan gula
7)Bila sudah mendidih bolehlah dihidangkan bersama roti jala

Selamat Mencuba!!

Ahad, 9 Ogos 2009

FRUIT TARTS

Ini nak share resepi masa buat jamuan birthday anak hari Sabtu lepas.....zassssssss...

Fruit Tarts
Bahan-bahan Pastry
250 gm butter
125 gm gula icing
1 biji telur
450 gm tepung gandum

Cara-cara buat pastry:
1. Pukul butter dengan icing hingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul sampai sebati
3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh
4. Tekan dalam acuan untuk dapat saiz dikehendaki
5. Bakar

Bahan Inti Kastard
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur kuning
1 sudu teh essen vanila

Cara-cara buat inti kastard
1.Satukan kesemua bahan tadi dan masak hingga pekat.(Jangan terlalu pekat nanti tak boleh tuang di doh pastry).
2.Tuang inti kastard ini di pastry yang sudah dibakar tadi.
3. Letakkan buah-buahan yang diingini di atas kastard ini.

Selamat Mencuba....

Khamis, 6 Ogos 2009

RENDANG TOK PERAK


Ini nak share resepi "Rendang Tok" yang diambil dari Nenek tercinta Tok Saviyah...berasal daripada Gopeng, Perak...difahamkan dolu-dolu kalau ada majlis kenduri...nenek akan dipanggil untuk masak rendang tok nii....memang sedap!!...

RENDANG TOK PERAK
1 KILO DAGING LEMBU (DIPOTONG BENTUK KIUB)

BAHAN A: PERLU DI GORENG KERING DAHULU & KISAR HALUS
CILI KERING 20 BIJI(KALAU NAK PEDAS TAMBAH LAGI)
BAWANG MERAH KECIL 30 BIJI
BAWANG PUTIH 20 BIJI
BATANG SERAI 5 BATANG
HALIA 3 CM
LENGKUAS 3 CM
BELACAN SEDIKIT

BAHAN B: DIHIRIS HALUS
BAWANG MERAH KECIL 30 BIJI
BAWANG PUTIH 10 BIJI
HALIA 5 CM
DAUN KUNYIT 5 HELAI

LAIN-LAIN BAHAN :
SANTAN KELAPA(PEKAT) 2 BIJI
ASAM KEPING 2 KEPING
GULA KABUNG 1 KEPING
GARAM
KERISEK 1 BIJI KELAPA(KALAU NAK SEDAP BUAT SENDIRI)
KULIT KAYU MANIS 3/4 BATANG
BUAH PELAGA
SERBUK LADA HITAM
BUNGA CENGKIH

CARA-CARA MEMASAK:
1)LUMURKAN DAGING DENGAN BAHAN A(KISAR HALUS)DAN MASAK ATAS API SEDERHANA SEHINGGA AIR KERING SEDIKIT
2)MASUKKAN SANTAN, BAHAN B(KECUALI DAUN KUNYIT), GULA KABUNG, GARAM,BUAH PELAGA, BUNGA CENGKIH, LADA HITAM DAN ASAM KEPING HINGGA MENDIDIH KERING. KENA KACAU SELALU SUPAYA TAK HANGIT DI BAWAHNYA
3)AKHIR SEKALI MASUKKAN KERISEK DAN DAUN KUNYIT YANG DIHIRIS HALUS TADI
4)ANGKAT DAN HIDANGKAN...

SELAMAT MENCUBA!!

Selasa, 4 Ogos 2009

KAENG SOM IKAN PATIN



Last weekend try resepi Thailand iaitu "Kaeng Som"...sedap!..macam rasa masak asam..tetapi letak nenas....hari itu cuba letak timun...sedap jugak....kalau hendak cuba resepi ini layarilah web di bawah ini...

http://www.austinbushphotography.com/2006/01/how-to-make-southern-style-kaeng-som.html

Isnin, 20 Julai 2009

MEE UDANG ZASLY....


Hari Ahad lepas ada buat Mee Udang....atas permintaan anak-anak...padahal last weekend sudah buat....so lunch makan Mee Udang dan Makaroni goreng....Petang itu jemput adik ipar datang ke rumah untuk makan-makan....resepi mee udang ini adalah di adun mengikut citarasa saya sendiri....
Mee Udang Zasly
Bahan A - Pes Cili(dikisar halus semuanya)
Cili kering segenggam
Bawang Putih 3 biji
Bawang merah kecil 5 biji
Belacan sedikit
Bahan B
Bawang Putih 4 biji - dikatuk
Sos Cili 5 sudu besar
Sos tomato - ikut sesedap rasa(biar ada rasa masam sedikit)
Bahan C
Udang besar 1 kilo
Udang kisar lumat 6 ekor (ambil dari udang 1 kilo di atas)
fish ball
telor 2 biji
Mee segar
taugeh
sawi
daun bawang
cabai merah hiris
bawang goreng
Cara-caranya:
1. Rebus udang segar dengan 5/6 cawan air sehingga udang jadi merah dan angkat udang.
2. Sementara itu panaskan minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dikatuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan Bahan A(Pes cili) tadi hingga mendidih. Masukkan sos cili, tomato sos, garam, gula dan akhir sekali udang kisar tadi.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam air rebusan udang dan biar hingga mendidih.
4. Masukkan fish ball dan telor. Rasa kuah supaya cukup rasanya.
5. Seterusnya tuangkan kuah udang tadi ke dalam periuk rice cooker dan masukkan udang tadi serta panaskan sehingga mendidih, akan keluar bau udang yang sedap sekali
6. Celur Mee, sayur-sayuran dan boleh dihidangkan dengan kuah beserta awas-awas tadi.
Selamat Mencuba!

Ahad, 12 Julai 2009

KARIPAP PUSING SARDIN

Weekend ini telah cuba buat karipap pusing berintikan sardin ikut resepi dalam web ini http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1144540.... tetapi inti sardin buat resepi sendiri....selain dari itu buat juga kek oren ikut resepi ini dari web Kak Ummi ini......http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ sedap tauuu.....


Khamis, 9 Julai 2009

PENGAT DURIAN

Pagi tadi sempat buat pengat durian...durian dari kampung mertua di Pahang...saya buat lebih sikit untuk bawa ke office jamu kawan-kawan....habis licin semuanya....sempatlah snap foto ...sudah tinggal sedikit je ni....

PENGAT DURIAN
3 biji durian(isi dan biji sekali)
gula kabung 2 ketul
gula secukup rasa
santan 2 biji
garam sedikit
daun pandan
air 2 cawan

Cara-caranya :
1. Campurkan air dan gula kabung hingga gula cair
2. Masukkan santan sedikit, isi durian, daun pandan, gula dan garam. Masak hingga mendidih, kacau perlahan-lahan supaya durian tidak hancur
3. Masukkan lebihan santan tadi hingga mendidih. Boleh tambah air sekiranya pekat sangat
4. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails