Khamis, 9 Jun 2011

ANGKARA SAKA...

Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.
Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.
“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.
“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.
“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).
Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.
“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.
“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.
Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.
“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.
Jin dan syaitan dijadikan daripada api (Al-Hijr,27) maka tubuh dan jasadnya serupa angin.Bagaimana
kita tidak boleh melihat angin maka begitulah kita tidak boleh melihat jin atau syaitan.
Bagaimana angin boleh meresap masuk ke dalam tubuh manusia menerusi mana-mana rongga tubuh
badan seperti mulut,hidung,liang bulu roma, maka begitulah jin dan syaitan boleh masuk ke dalam
tubuh manusia.Rasulullah S.A.W pernah menyebutkan bahawa syaitan itu berlari dalam pembuluh
darah anak Adam.

SAKA boleh tempias kepada sesiapa saja walaupun tiada pertalian darah.
Menurut Prof.Dr. Jahid Sidek, seorang Pendakwah dan Pengamal Perubatan Islam;
saka sering dikaitkan dengan ilmu dan amalan salah yang melibatkan penggunaan jin
atau syaitan yang diwarisi oleh seseorang daripada usulnya,ibu bapa atau datuk nenek ke atas.
Beliau memberi contoh,saka boleh diwarisi oleh seseorang daripada sahabat karibnya,isteri
mewaris daripada suami atau sebaliknya,pekerja daripada majikannya atau sebaliknya ,seorang
pelajar dari pensyarahnya atau sebaliknya,begitu juga doktor daripada jururawatnta atau sebaliknya.
Seorang jiran mungkin mendapat saka dari jirannya (yang selalu bertandang) dan seorang yang selalu
berjumpa bomoh atau pawang juga boleh mewarisi saka dari bomoh tersebut.
Malah menurutnya lagi,satu fakta yang mungkin memeranjatkan bagi kebanyakan orang, cara
seseorang itu mendapat saka tidak semestinya melalui ilmu dan amalan salah yang melibatkan
jin atau syaitan tadi.

Saka secara lansung,boleh terjadi apabila jin atau syaitan itu masuk sendiri ke tubuh manusia
tanpa disedari oleh tuan punya tubuh lalu menghuni dan beranak pinak dalam tubuh tersebut
malah boleh berpindah kepada sesiapa yang berdamping dengan orang tersebut.Contohnya boleh
berlaku perkara begini apabila terjatuh tiba-tiba atau kencing ditempat-tempat tertentu.
Jin juga akan masuk ke dalam tubuh seseorang bukan kerana marah ,tetapi kerana suka iaitu
"rasa selesa, dapat makan minum dan daapat tempat tinggal".
Saka juga boleh berlaku melalui sihir dan amalan "memagar rumah" .
Menurut Prof.Dr Jahid,saka boleh berpindah melalui pelbagai cara.Antaranya melalui sentuhan
tangan sewaktu bersalam ,melalui pandangan mata, melalui barang milik peribadi, melalui rumah
kediaman dan sebagainya.
Akibat saka dari aspek kesihatan; saka menyebabkan kesihatan sering terganggu.Gangguan
kesihatan ini tidak putus-putus.
Akibat saka dari sudut aspek sosial pula, seseorang yang mendapat saka akan menghadapi
masaalah perhubungan, saka menyebabkan kacau bilau termasuk dalam keluarga.
Saka dari aspek agama; menyebabkan rosak akidah andainya disengajakan, malah turut
merosakkan syariat.Misalnya rasa berat untuk solat, tak boleh berzikir, tak boleh baca Quran.
Bila berzikir atau baca Quran, kepala rasa pening dan badan rasa sakit-sakit.Ini semua gangguan saka.

TANDA-TANDA SAKA
Ada beberapa tanda yang boleh dilihat atau dirasai bagi mengesahkan adanya saka :
a. Ada persamaan fizikal dan sifat-sifat antara seorang yang mewariskan saka dengan
orang yang menerimanya.
b. Ada persamaan dalam masaalah kesihatan.
c. Ada persamaan suhu badan antara orang yang mewariskan saka dengan orang yang
menerimanya.
d. Orang yang mewarisi saka menghadapi kesukaran jodoh.
e. Susah mendapat rezeki juga antara tanda adanya saka.
f. Seorang anak yang menerima saka dari ibu bapanya paling sukar untuk serasi dengan
ibu atau bapanya itu.
g. Suasana rumah yang tidak harmoni.
h. Menghadapi kesukaran sewaktu sakaratul maut.

Isnin, 23 Mei 2011

BAHAGIA ITU APABILA MEMBAHAGIAKAN..

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu.

Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia.

Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki golf  tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. Kadang-kadang ada suami yang kurang iman sanggup berhubung dengan wanita lain untuk berseronok. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Khamis, 13 Januari 2011

My Baby masuk wad






Aduuhhh...pada 4 Jan 2011(Selasa) lepas..my 3 months baby boy kena admitted for minor operation di KJMC buang bisul di kelenjar ketiak....kesian sesangat...bengkak ini dibawah tempat cucuk BCG tu...ini berkemungkinan ada kena mengena dengan vaksin BCG tu....nak buat macamana dah nak kena...Alhamdulillah semuanya selamat...oleh itu..kepada semua parents yang expected baby tu...berhati2lah...checklah baby anda kerana bengkak ini akan appear 1 month kemudian...cubalah rasa di bawah ketiak kiri(tempat cucuk BCG tu) ada tak benjolan pada baby anda...kalau ada bawalah berjumpa doktor dengan segera.....
Tetapi jugak pihak perubatan pun kenalah investigate kenapa bengkak ini boleh terjadi...janganlah asyik kata nasiblah siapa yang kena!! boleh pakai ke??
Ini ada snapshot Fahim sebelum dan selepas masuk bilik operation....

Khamis, 7 Oktober 2010

MY NEW BABY BOY..

Pada 27 Sept 2010(Isnin) jam 1.31pm lahirlah baby boy seberat 4 Kg di KJMC yang diberi nama Muhammad Fahim....ini dia snapshotnya...








Rabu, 14 Julai 2010

KUIH TIRAM


Sebenarnya dah lama teringin nak makan dan buat kuih tiram niii..ada yang sebut lidah jin..le..lidah kucing pun...ada....tetapi lebih baik le panggil kuih tiram...sedap dengornya...last 2 weeks teringin punye pasal...try le buat kuih ni...ikut resepi dari Mat Gebu....berpeluh2 nak menyiapkannya...memang sedap dan rangup..kalau nak rangup buat nipis2...goreng hingga garing...hiiii ..Selamat Mencuba..
http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/02/kuih-tiram.html

Isnin, 31 Mei 2010

JAMUAN OFIS

Pada 24 Mei 2010(Isnin) telah diadakan jamuan makan-makan bagi meraikan staff dari luar masuk group kita...juga jamuan perpisahan untuk group NPCS yang akan keluar dari DPCS...memang meletup2 makanan yang kami sediakan...badan kita pun dah tembam tembun ni....kita zasssss...














Selasa, 13 April 2010

KEK BUAH SUSU


Salam semua...last week Mak Cik Halimah datang stay kat rumah...salah satu kuih yang dibuat oleh Mak Cik ialah kek buah susu niii..memang sedap...ttp kita letak dalam cup cake...untuk dibawa ke ofis sempena 1st phase NGN migration (system baru)..start pukul 12.00mlm ~ esok pagi...terkejang bijik mata....so..ini resepinya..memang mudah...

Bahan A: Didihkan dan biar hingga sejuk..kena pastikan betul2 sejuk kalau tidak tak jadi nanti...
250gm butter
490 gm susu pekat
400gm mix fruit
Air 490 gm(boleh guna tin susu tadi)

Bahan B: Gaulkan dengan bahan A
600 gm tepung kek
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

Cara membuatnya :
1)Didihkan Butter dan susu pekat hingga sebati. Kemudian masukkan mix fruit dan akhir sekali air.
2)Tutup api dan biarkan adunan tadi sejuk
3)Setelah adunan A sejuk masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.
4) Bakar hingga masak

Selamat Mencuba!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails