Rabu, 28 Mac 2012

JAMUAN PERPISAHAN MPS 2012

Pada 23/3/2012(Jumaat) telah di adakan jamuan makan tengahari sempena majlis perpisahan staff MPS bertukar dan akhiri practical. Ini ada a few snapshot..






Ahad, 23 Oktober 2011

Team Building Group IT - BSM di Taiping

Pada 8-9 Oct 2011(Sabtu-Ahad) lepas GIT/BSM bawah division Puan Maimunah telah mengadakan Team Building di Taiping. Kami menginap satu malam je di MMC Taiping..agenda tersangatlah padat dengan aktiviti..antaranya indoor game, mendaki bukit larut, amazing race dan lain-lain lagi...penat tak tahu nak cakap..yang syoknya group kita Gangstarz..team yang paling banyak dapat hadiah...iaitu..most supporting team, peserta lelaki paling supporting, peserta wanita paling supporting, team paling kelakar, peserta terpilih Penghuluwati(saya le tu...) dan ada lagi..dah lupe...ini a few snapshotnya>>













Rabu, 28 September 2011

JAMUAN RAYA TM GROUP IT 2011

Pada 22 Sept 2011(Khamis) yang lepas telah diadakan Majlis Jamuan Raya GIT berkonsepkan gerai-gerai ikut Group IT division. Division BSM telah diberi lokasi di kantin makan..punyelaa besoor..manakala group lain di parking lot kereta..ada pertandingan gerai tercantik...kita dapat no. 3..jadiklah..so ini dia a few snapshots..















Selasa, 20 September 2011

JAMUAN RAYA OPIS 2011-UNIT MPS

Pada 15 Sept 2011(Khamis) lalu telah diadakan Jamuan Raya 2011 unit MPS..kebanyakan menu kami sediakan sendiri...maklumle ramai pompuan..thanks everyone..luv u..enjoy the lovely foods..kita layar foto2nya..






Rabu, 20 Julai 2011

LUNCH AT JEMARI

Pada 12 July 2011(Selasa)..myself and my friends lunch at Jemari(Kelana Jaya)..kita jalan je dari ofis ke Jemari...almaklumle..susah parking..sekurg2nya dapat exercise sekali...burnt all our calories after eating all those foods...kiranya lunch ini untuk bayar hajat yang lama terpendam...semoga dimurahkan rezeki lagi...aminn


Khamis, 23 Jun 2011

JAUHI DARI FITNAH HATI...

Berdasarkan pemahaman ramai. Fitnah adalah cakap sesuatu yang tak baik tentang orang lain. Tetapi macamana pulak dengan istilah “wanita fitnah Dunia”? Secara sekilasnya, maksud wanita fitnah dunia ialah, segala-gala yang perempuan buat pasti akan jadi daya tarikan orang ramai. Sebab tu la Islam mengajar kita semua supaya bersederhana dalam segala hal.

Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya. [HR. Muslim]

Jauhi fitnah dalam perhubungan
Konteks fitnah dalam perhubungan ni sangat meluas. Tapi yang jelas, elakkan berada dekat dengan orang bukan mahram kita tanpa apa-apa sebab. Dengan itu, kita akan lebih selamat drpd sebarang fitnah.

Memang tak boleh kawal kalau orang nak mengata pasal kita. Tapi, kalau boleh, biarlah kita berusaha semaksima mungkin utk jauhi fitnah. Jangan bagi peluang orang lain gunakan kelemahan kita tu utk jatuhkan kita. Ingat konsep kesederhanaan yang diajar Islam. InsyaAllah kita lebih Selamat

Hidup di dalam dunia moden hari ini perhubungan di antara lelaki dan wanita amat mudah sekali berbanding tahun keadaan 20 tahun yang lalu. Perhubungan menerusi telefon bimbit, facebook dan lain-lain lagi. Maka tak hairanlah, terdapat banyak kes berlaku perceraian dikalangan pasangan Islam adalah berpunca daripada fitnah hati pertama (fitnah syahwat) iaitu apabila suami atau isteri bersembang dan perhubungan yang intim dengan rakan kerja atau siber yang berlainan jenis hingga membawa bibit-bibit 'percintaan' sehingga melakukan kecurangan dan akhirnya berlakunya penceraian.

Iblis berkata kepada Nabi SAW : "Apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya (termasuk juga bersembang telefon /chating berdua-duaan) , maka akulah temannya. Aku akan goda lelaki itu dengan wanita tersebut dan goda wanita itu dengan lelaki tersebut," kata Iblis.

Jika perhubungan untuk mendapat ilmu yang bermanfaat dan menyelesaikan persoalan agama tidaklah dilarang dengan niat yang ikhlas dan InsyaAllah Allah SWT akan jauhkan fitnah tersebut. Orang mukmin lelaki dan wanita dibenarkan bantu membantu untuk menegakkan agama Allah SWT dan mencari keredaan-Nya.

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada semua fitnah samaada fitnah yang datang daripada lidah atau pun fitnah yang datang ke dalam hati kita. Untuk menjaga fitnah hati lebih utama kerana fitnah yang dibuat oleh lidah adalah berpunca kerana hati seseorang itu telah rosak dan mengikut hawa nafsu dan mendengar bisikan syaitan.

Selalunya orang yang beriman kepada Allah akan sentiasa tertutup pintu hatinya untuk melakukan segala perbuatan yang menjurus ke arah fitnah hati.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

PENGAKUAN LELAKI TERHADAP WANITA.

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,

kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami

ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,

waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian atau sebaliknya

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Khamis, 9 Jun 2011

ANGKARA SAKA...

Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.
Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.
“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.
“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.
“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).
Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.
“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.
“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.
Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.
“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.
Jin dan syaitan dijadikan daripada api (Al-Hijr,27) maka tubuh dan jasadnya serupa angin.Bagaimana
kita tidak boleh melihat angin maka begitulah kita tidak boleh melihat jin atau syaitan.
Bagaimana angin boleh meresap masuk ke dalam tubuh manusia menerusi mana-mana rongga tubuh
badan seperti mulut,hidung,liang bulu roma, maka begitulah jin dan syaitan boleh masuk ke dalam
tubuh manusia.Rasulullah S.A.W pernah menyebutkan bahawa syaitan itu berlari dalam pembuluh
darah anak Adam.

SAKA boleh tempias kepada sesiapa saja walaupun tiada pertalian darah.
Menurut Prof.Dr. Jahid Sidek, seorang Pendakwah dan Pengamal Perubatan Islam;
saka sering dikaitkan dengan ilmu dan amalan salah yang melibatkan penggunaan jin
atau syaitan yang diwarisi oleh seseorang daripada usulnya,ibu bapa atau datuk nenek ke atas.
Beliau memberi contoh,saka boleh diwarisi oleh seseorang daripada sahabat karibnya,isteri
mewaris daripada suami atau sebaliknya,pekerja daripada majikannya atau sebaliknya ,seorang
pelajar dari pensyarahnya atau sebaliknya,begitu juga doktor daripada jururawatnta atau sebaliknya.
Seorang jiran mungkin mendapat saka dari jirannya (yang selalu bertandang) dan seorang yang selalu
berjumpa bomoh atau pawang juga boleh mewarisi saka dari bomoh tersebut.
Malah menurutnya lagi,satu fakta yang mungkin memeranjatkan bagi kebanyakan orang, cara
seseorang itu mendapat saka tidak semestinya melalui ilmu dan amalan salah yang melibatkan
jin atau syaitan tadi.

Saka secara lansung,boleh terjadi apabila jin atau syaitan itu masuk sendiri ke tubuh manusia
tanpa disedari oleh tuan punya tubuh lalu menghuni dan beranak pinak dalam tubuh tersebut
malah boleh berpindah kepada sesiapa yang berdamping dengan orang tersebut.Contohnya boleh
berlaku perkara begini apabila terjatuh tiba-tiba atau kencing ditempat-tempat tertentu.
Jin juga akan masuk ke dalam tubuh seseorang bukan kerana marah ,tetapi kerana suka iaitu
"rasa selesa, dapat makan minum dan daapat tempat tinggal".
Saka juga boleh berlaku melalui sihir dan amalan "memagar rumah" .
Menurut Prof.Dr Jahid,saka boleh berpindah melalui pelbagai cara.Antaranya melalui sentuhan
tangan sewaktu bersalam ,melalui pandangan mata, melalui barang milik peribadi, melalui rumah
kediaman dan sebagainya.
Akibat saka dari aspek kesihatan; saka menyebabkan kesihatan sering terganggu.Gangguan
kesihatan ini tidak putus-putus.
Akibat saka dari sudut aspek sosial pula, seseorang yang mendapat saka akan menghadapi
masaalah perhubungan, saka menyebabkan kacau bilau termasuk dalam keluarga.
Saka dari aspek agama; menyebabkan rosak akidah andainya disengajakan, malah turut
merosakkan syariat.Misalnya rasa berat untuk solat, tak boleh berzikir, tak boleh baca Quran.
Bila berzikir atau baca Quran, kepala rasa pening dan badan rasa sakit-sakit.Ini semua gangguan saka.

TANDA-TANDA SAKA
Ada beberapa tanda yang boleh dilihat atau dirasai bagi mengesahkan adanya saka :
a. Ada persamaan fizikal dan sifat-sifat antara seorang yang mewariskan saka dengan
orang yang menerimanya.
b. Ada persamaan dalam masaalah kesihatan.
c. Ada persamaan suhu badan antara orang yang mewariskan saka dengan orang yang
menerimanya.
d. Orang yang mewarisi saka menghadapi kesukaran jodoh.
e. Susah mendapat rezeki juga antara tanda adanya saka.
f. Seorang anak yang menerima saka dari ibu bapanya paling sukar untuk serasi dengan
ibu atau bapanya itu.
g. Suasana rumah yang tidak harmoni.
h. Menghadapi kesukaran sewaktu sakaratul maut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails