Jumaat, 30 Oktober 2009

JAMUAN OFIS LAGI...

Ini dia...acara suap-menyuap mak mak budak...jangan mare!!



Hari Khamis lepas ada jamuan mengejut oleh 2 sahabat ofis kita...sapa lagi ..Noni & Aniza..nak tahu jamuan ape...Jamuan Wedding Annivesary yang ke 15 tahun untuk Noni dan ke 14 tahun untuk Aniza...dahsyat jugak...majlis doa selamat telah disempurnakan oleh Hj. Bob...memang class text terjemahan tu....patutlah suruh kita orderkan kuih tepung talam keladi dan kacang kole tu ye...bukan main lagi... pakai baju dan tudung sedondon...dah macam kembar tak seiras lak...walau apapun...kita nak ucapkan Selamat Pengantin Baaaaru...kepada mereka berdua ye...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....ini dia..a few snapshots...

Selasa, 27 Oktober 2009

MEE HOON GORENG


Hari ini bekfes kita buat Mee Hoon Goreng pulak...pasal hari2 nasi goreng je...tukar menu pulak...buat lebih sikit bawak ofis jugak...bagi kawan2 makan...resepinya macam biasa je...

Bahan A - dikisar
cabai kering segenggam - cuci dan direbus sekejap je..
bawang besar 1 biji
bawang putih 3 biji
belacan sedikit

Bahan B
Udang basah - agak2 le ye..
sos tiram 1 sudu besar
tomato sos 1 sudu besar
cili sos 2 sudu besar
Kicap - agak2 je..
Mee hoon 1 peket - direndam dalam air hingga lembut
Kobis - dipotong halus
Sawi
Garam, gula, lada sulah

Cara2nya :
1) Tumiskan bawang putih yang telah dikatuk dalam 2 biji hingga naik baunya
2)Masukkan bahan A(cili kisar tadi) dan juga udang, sos tiram, tomato sos & cili sos
3)Masukkan garam, gula, kicap dan lada sulah secukup rasa
4)Masukkan kobis dan sawi dan kacau hingga sebati
5)Hidangkan dengan bawang goreng, daun bawang dan cili potong (ikut suka..)

Selamat Mencuba!!

Ahad, 25 Oktober 2009

HOW DO YOU SLEEP?


RSMY HOUSE OF REAL BERIYANI...


Malam Semalam..hari Sabtu.. kita sekeluarga telah pergi ke Jamuan Penutup Raya Mak Saudara...Acik Buyah(nama sebenar..Fauziah) di restoran RSMY 'House of Real Beriyani' Jln Medan Tuanku, K.Lumpur...restoran milik suami beliau..kalau tak silap ada 3 jenis nasi beriyani dihidangkan malam tu...memang sedap..tukang masak ..orang Pakistan...tak sempat le pulak snap fotonya kerana tetamu tersangatlah ramai...tempat duduk pun full..menu lain..masakan daging lembu, kambing, ayam goreng berempah(goreng panas2)..roti nan(dimasak panak2)...lemang, rendang, laksa, cendol, teh tarik dan banyak lagi...tak terambik semuanya...mostly Pakistani food..memang sedap..lain dari kedai mamak biasa tu...nak promote le ni...

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY HUBBY!!



Pada tarikh 24.10.09(Sabtu) hari jadi husband tercinta...yang ke ...kena beringat..le ye..dah melepasi 40 tahun dah tu....walau apapun...Happy belated birthday & Semoga sentasa diberkati dan dirahmati ALLAH...Amin...atas permintaan beliau...tak dibenarkan snap fotonya..pasal tak prepare katanya....petang tu...makan petang biasa2 je...kek dan nugget..makan ringan2 je..coz malam ada jamuan raya kat restoran Mak saudara...kebetulan kawan2 anak ada kat rumah...so jemput le makan sekali...

Rabu, 21 Oktober 2009

SPAGETHI & MUSHROOM SAUCE


Brekfes semalam buat Spagethi Mushroom dan nasi goreng simple je...coz eldest daughter tak makan spagheti...lintang pukang masak..sebelum gi ofis..nasib baik laa masuk ofis kul 9 pagi...sempatlah..buat semua tu....

Bahan2nya :
Spagethi - macam biasa...rebus letak garam dan minyak sedikit..
Bahan A:
Cabai kering segenggam - direbus sekejap je..
bawang merah besar 1 biji
bawang putih 3 biji

Bahan B:
Ayam atau daging kisar(kita buat ayam....)
sausage 5 batang dipotong kecil
cendawan butang dibelah 2
Sos spagheti kimball 1 botol
tomato puree secukup rasa
cili sos 2 sudu besar
daun bay 3 helai
oregano 1 sudu besar
serbuk lada hitam secukup rasa
garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :
1)Kisar bahan A hingga lumat
2)Tumbuk sedikit bawang putih dalam 2 biji dan tumis hingga kuning
3) Masukkan Bahan A tadi hingga naik minyak
4) Masukkan ayam/daging kisar tadi
5) Masukkan sos spagheti dan kesemua bahan B tadi
6)Masaklah sehingga secukup rasa
7)Hidangkan dengan spagheti macam biasa...kita tak letak cheese pun..pasal anak2 tak suka...

Selamat Mencuba!!

Isnin, 19 Oktober 2009

TOM YAM CAMPUR



Hari Ahad lepas jugak buat menu Tom Yam campur...resepi Tom Yam ini Chef Rahiiing yang bagi...siap tolong belikan ramuan2nya sekali...hihi...

TOM YAM CAMPUR(3 orang makan punye..)
Bahan A
1~ 2 ekor sotng sederhana (dipotong)
3 ~ 5 ekor udang
Sepotong Ayam (1/8 : contoh: satu sayap @ satu peha, di potong dadu)

Bahan B
Air 3 cawan ( ~ 700 ml)
3 ~ 5 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (sederhana: dihiris)
1 sudu Besar sos tomyam(special dalam botol)
1 sudu Besar sos tiram

Bahan C
Secukup rasa Air limau tomyam(special jus limau dalam botol dari Thai)
½ batang saderi
1 biji buah tomato ( sederhana: di belah 6)
Setangkai Daun limau Purut ( ~ 5 – 10 helai)
Seberuk perasa Garam dan Gula secukup rasa (tiada Ajinomoto)

Extra
Sayur bunga Kubis
Cili padi ( Diketuk: Jika mahu pedas)


Cara Membuat:
Masukkan Ayam dan Bahan B kedalam periuk, bila mendidih masukkan bahan A, bila mendidih masukkan bahan C dengan perasa (garam dan gula secukup rasa).
Jika mendidih angkat dan hidangkan dengan segera. Jika mahu makan TOMYAN lebih dari 2 JAM perlu masukkan Asam keping untuk mengekalkan rasa masam.

Jika mahu sayur dan pedas tambahkan bahan EXTRA.

Selamat Mencuba!!

RENDANG DINDING


Hari Ahad lepas kita masak lunch...daging dinding dan tom yam campur..resepi dari Chef Rahiiing...hihi..resepi daging dinding tu..kita ambil dari fotopage Helwa...cume kita tersilap pulak..lupe nak goreng daging tu lepas peram dengan kicap...dah habis masak..baharulah perasan..lupa nak goreng...tetapi rasanya ok juga..tak menyerap banyak minyak...

Bahan2nya :
Daging 1 1/2kg -
dipotong 6 cm, dan rebus selama lebih kurang 10 min (jangan terlalu empuk), kemudian, dihiris 1 cm dan ditumbuk agar urat uratnya lerai, kemudian digaul bersama kicap manis hingga rata kehitamannya. barulah digoreng.. separuh garing..diangkat biarkan seketika.

Bahan2an utk menumis :

1 - labu bawang besar }
5 cm - halia } dikisar halus
10 - ulas bawang putih }
10 - ulas bawang merah }
20 - tangkai cili kering ( boleh ikut pedas masing2). } dikisar halus

asam jawa - setengah cawan, dibancuh dgn 1 1/2 air
garam/gula secukup rasa(kita guna gula melaka)
minyak utk menumis

cara2nya :

Panaskan minyak utk menumis, masukkan bawang yg telah dikisar, dimasak hingga naik bau,
barulah dimasukan cili juga yang telah dikisar. Dimasak hingga naik minyak....kemudian
masukkan gula, garam...mengikut citarasa sendiri.
Kemudian barulah dimasukkan daging yang telah digoreng, gaulkan rata2, masukan bancuhan air asam jawa, resepi ni kind of masam2 manis gitu.
Bila daging dah sebati dgn cili dan asam jawa boleh lah diangkat utk dimakan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

CHOCOLATE CAKE



Sorry le ye...terlambat beri resepi cokelat cake nii.....kita nii..sedang keje..standby cut-over system baru...mudah2han semuanya berjalan lancar...

CHOCOLATE KEK

Bahan2nya :
250gm butter
255 gm gula halus
6 biji telor
110 gm tepung naik sendiri
52 gm serbuk koko(Van Houtan/Vochelle)
1 keping cooking cokelat(Van Houtan/Vochelle)

Cara2nya :

1.Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telor sebiji demi sebiji
3.Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit
4.Masukkan serbuk cokelat sedikit demi sedikit
5.Putar adunan hingga sebati
6.Tuang kedalam loyang kek yang sudah disapu butter/minyak supaya tak melekat nanti
7.Panaskan ketuhar sehingga 200 darjah Celcius, baharulah masukkan adunan kek tadi
8.Bakar lebih kurang 45 min

Selamat Mencuba!!

Jamu Durian



Petang tadi vendor kita orang jamu makan durian kat lobby ofis...hari ini tak ramai orang sangat pasal ada jamuan raya kat Menara TM jugak...jadi makan puas2 le kita ni...kali ini hanya ada durian dan rambutan je...takpelah rezeki...jangan ditolak..makan je...

Khamis, 15 Oktober 2009

TARIKH LAHIR DAN WARNA

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember
Merah

2 hingga 11hb Januari
Oren

12 hingga 24hb Januari
Kuning

25hb Januari hingga 3hb Februari
Merah jambu

4 hingga 8hb Februari
Biru

9 hingga 18hb Februari
Hijau

19 hingga 28hb Februari
Perang

1hb Februari hingga 10hb Mac
Aqua (Biru kehijauan)

11 hingga 20hb Mac
Lime

21hb Mac
Hitam

22 hingga 31hb Mac
Ungu

1 hingga 10hb April
Biru

11 hingga 20hb April
Perak

21 hingga 30hb April
Putih

2 hingga 14hb Mei
Biru

15 hingga 24hb Mei
Emas

25 hingga 3hb Jun
Krim

4 hingga13hb Jun
Kelabu

14 hingga 23hb Jun
Maroon

24hb Jun
Kelabu

25 hingga 4hb Julai
Merah

5 hingga 14hb Julai
Oren

15 hingga 25hb Julai
Kuning

26hb Julai hingga 4hb Ogos
Merah jambu

5 hingga 13hb Ogos
Biru

14 hingga 23hb Ogos
Hijau

24hb Ogos 2hb September
Perang

3 hingga 12hb September
Aqua (Biru kehijauan)

13 hingga 22hb September
Lime

23hb September
Olive

24hb September hingga 3hb Oktober
Ungu

4 hingga 13 Oktober
Biru

14 hingga 23hb Oktober
Perak

24hb Oktober hingga 11hb November
Putih

12 hingga 21hb November
Emas

22hb November hingga 1hb Disember
Krim

2 hingga 11hb Disember
Kelabu

12 hingga 21hb Disember
Maroon

22hb Disember
Teal Merah

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka..

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu
punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang disekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu.. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan.. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.

Perak
ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walaubagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati sidia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif.. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan ? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia.. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya.. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

DIET RASULULLAH

Dok belek2 mail inbox lama2 ni...ada le jumpa e-mel ini dari member lama Honey...May 2008 punye e-mel niiii...

DIET RASULULLAH

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... .......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA ' lam
      Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

JAMUAN AIDILFITRI 2009 (ITAS)



Hari ini Khamis telah diadakan jamuan raya lagi...kali ini giliran Division kita...IT Application Services(ITAS)...makan lagi laa...menunya lebih kurang macam semalam...jamuan projek tu....Nasi Beriani, Mee udang, Laksa penang, laksa johor, sate, lemang, rendang, nasi impit, kek, kuih-muih, buah2han...dan banyak lagi....rasanya badan pun dah naik tembam niiii...besok ada jamuan raya lagi...TM buat pulak kat Menara TM....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails