Isnin, 24 Ogos 2009

JAMUAN TENGAHARI SESEDAP RASA KENYANG DI PERUT PADA 14.8.09....



Ini...kisah makan lagi...hari Jumaat lepas (14/8/09) sebelum sambut Bulan Puasa...kita orang kat ofis buat makan-makan yang diberi nama "JAMUAN TENGAHARI SESEDAP RASA KENYANG DI PERUT"...ini baru nak masuk blog coz baru dapat gambo niii....makanan yang dijamu dibuat sendiri dari rumah masing-masing...antara menu-menu yang dihidang ialah kari ikan tenggiri, sambal tempoyak, gulai lemak pucuk paku, ayam masak kicap, sambal sotong, telur masak samah, sayur campur pecal, ikan goreng talapia dan lain-lain lagi.....ini gambo...nya....

Jumaat, 21 Ogos 2009

BREAKFAST KAT ALICAFE LAGI....


Haaa hari ini pekena brekfes pulak kat Alicafe dengan ofis mate...tetapi kali ini semuanya seramai 7 orang...bagai nak pecah kereta....nasib baik ofis dekat je....zasssss



Khamis, 20 Ogos 2009

LUNCH DI ALICAFE KELANA JAYA...

Sebelum menjelangnya bulan Ramadhan sempatlah saya dan office mate pekena lunch kat ALICAFE Restaurant Kelana Jaya....kebetulan ada promotion untuk certain food dapatlah free air minum...samaada cincau atau Alicafe...so posing sakan le makcik-makcik ni...

Selasa, 18 Ogos 2009

ROTI JALA

Ini ada resepi roti jala dan kuah kari ayam yang telah dibuat ketika Birthday Party anak hari itu...resepi kuih roti jala di ambil dari Mak Cik Halimah...memang sedap....tima kacih Mak Cik...

Roti Jala
Bahan-Bahannya :
Tepung gandum 1 kilo
Telur 2 biji
garam, air dan serbuk kunyit

Cara-cara Membuatnya:
1) Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati
2)Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan
3)Guna acuan dan taburkan adunan ke kuali buat seperti jaring
4)Angkat dan lipat

Kuah Kari Ayam
Bahan-bahannya :
Ayam 1 ekor(dipotong kecil)

Santan 1 biji kelapa
Rempah kari 1 1/2 bungkus
Kerisik 1 paket kecil
Bawang kecil 4 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Daun kari 1 tangkai
Halba 1 sudu teh
Cili kisar 3 sudu besar
Kentang (potong dadu)
Karot (potong dadu)

Cara-cara membuatnya :
1)Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus dan tumiskan
2)Masukkan daun kari, halba dan kunyit tadi dan tumis hingga naik bau
3)Masukkan rempah kari dengan cili kisar dan masak naik minyak(kalau boleh ditutup)
4)Masukkan ayam dan gaulkan dengan kari tadi hingga sebati
5)Masukkan kentang, karot dan kerisek dan kacau hingga sebati
6)Akhir sekali masukkan santan, garam dan gula
7)Bila sudah mendidih bolehlah dihidangkan bersama roti jala

Selamat Mencuba!!

Ahad, 9 Ogos 2009

FRUIT TARTS

Ini nak share resepi masa buat jamuan birthday anak hari Sabtu lepas.....zassssssss...

Fruit Tarts
Bahan-bahan Pastry
250 gm butter
125 gm gula icing
1 biji telur
450 gm tepung gandum

Cara-cara buat pastry:
1. Pukul butter dengan icing hingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul sampai sebati
3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh
4. Tekan dalam acuan untuk dapat saiz dikehendaki
5. Bakar

Bahan Inti Kastard
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur kuning
1 sudu teh essen vanila

Cara-cara buat inti kastard
1.Satukan kesemua bahan tadi dan masak hingga pekat.(Jangan terlalu pekat nanti tak boleh tuang di doh pastry).
2.Tuang inti kastard ini di pastry yang sudah dibakar tadi.
3. Letakkan buah-buahan yang diingini di atas kastard ini.

Selamat Mencuba....

Sabtu, 8 Ogos 2009

BIRTHDAY PARTY..8.8.2009

Pada tarikh 8.8.2009 telah di adakan majlis "Birthday Party" untuk my eldest daughter, Nur Farzana....sweet 14 years old...ramai classmate Farzana yang datang....sebelum acara potong kek...saya buat games sikit....seronok-seronok je....tengok keletah budak-budak sekarang ni....Antara menu hidangan utama petang itu ialah Mee Hoon goreng, Roti Jala, Kari Ayam, fruit tarts, sandwich sardine dan kuih-muih lain.....ini ada snapshot.....












































Khamis, 6 Ogos 2009

RENDANG TOK PERAK


Ini nak share resepi "Rendang Tok" yang diambil dari Nenek tercinta Tok Saviyah...berasal daripada Gopeng, Perak...difahamkan dolu-dolu kalau ada majlis kenduri...nenek akan dipanggil untuk masak rendang tok nii....memang sedap!!...

RENDANG TOK PERAK
1 KILO DAGING LEMBU (DIPOTONG BENTUK KIUB)

BAHAN A: PERLU DI GORENG KERING DAHULU & KISAR HALUS
CILI KERING 20 BIJI(KALAU NAK PEDAS TAMBAH LAGI)
BAWANG MERAH KECIL 30 BIJI
BAWANG PUTIH 20 BIJI
BATANG SERAI 5 BATANG
HALIA 3 CM
LENGKUAS 3 CM
BELACAN SEDIKIT

BAHAN B: DIHIRIS HALUS
BAWANG MERAH KECIL 30 BIJI
BAWANG PUTIH 10 BIJI
HALIA 5 CM
DAUN KUNYIT 5 HELAI

LAIN-LAIN BAHAN :
SANTAN KELAPA(PEKAT) 2 BIJI
ASAM KEPING 2 KEPING
GULA KABUNG 1 KEPING
GARAM
KERISEK 1 BIJI KELAPA(KALAU NAK SEDAP BUAT SENDIRI)
KULIT KAYU MANIS 3/4 BATANG
BUAH PELAGA
SERBUK LADA HITAM
BUNGA CENGKIH

CARA-CARA MEMASAK:
1)LUMURKAN DAGING DENGAN BAHAN A(KISAR HALUS)DAN MASAK ATAS API SEDERHANA SEHINGGA AIR KERING SEDIKIT
2)MASUKKAN SANTAN, BAHAN B(KECUALI DAUN KUNYIT), GULA KABUNG, GARAM,BUAH PELAGA, BUNGA CENGKIH, LADA HITAM DAN ASAM KEPING HINGGA MENDIDIH KERING. KENA KACAU SELALU SUPAYA TAK HANGIT DI BAWAHNYA
3)AKHIR SEKALI MASUKKAN KERISEK DAN DAUN KUNYIT YANG DIHIRIS HALUS TADI
4)ANGKAT DAN HIDANGKAN...

SELAMAT MENCUBA!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails